Saturday 1 December 2012

Tuesday 6 November 2012

Kawan-Kawan Pasti Al-Furqan, Chendering Pantai

Ini sebahagian daripada kawan-kawan saya di Pasti Al-Furqan, Chendering Pantai, Kuala Terengganu.



Kepada kawan-kawan yang naik darjah satu tahun depan, good luck dan selamat menempuh alam sekolah rendah. Jangan menangis bila first day masuk kelas.

Kepada kawan yang masih di Pasti Chendering Pantai, teruskan perjuangan. Allahu akbar.

Thursday 27 September 2012

Thursday 13 September 2012

Tuesday 26 June 2012

Saya Suka TRW


Saya dan keluarga di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV melihat-lihat barangan TRW. 
Pada malamnya ada perlawanan di antara TRW vs Lions XII.
3-0 Lions XII kena baham dek Kijang a.k.a TRW
Semestinya Daudsu menjadi pemain kesukaan saya.
Abah saya pula suka Piya.
Saya harap TRW muncul Juara Liga dan Piala Malaysia pula tahun ini setelah berjaya menggondol piala FA baru-baru ini.

Gomo Kelate Gomo

Sunday 10 June 2012

My Best Mate

Yusof nama kawan baik saya di Pasti
Dia banyak membantu saya
Terima kasih kawan

Friday 8 June 2012

Jalan-Jalan di Melaka


Ada orang panggil beca
Ada orang panggil teksi
Ada orang panggil lanca
Ada orang panggil basikal roda tiga

Kita semua seMalaysia

Wednesday 6 June 2012

Best Sangat

Cuba kawan-kawan teka kat mana ni....
Siapa betul, minta mama masing-masing belanja ok.

Thursday 31 May 2012

Jom Ke Sandakan

Dulu saya kecil lagi. Kat belakang tu kakak saya, lawa kan...

Sunday 27 May 2012

Menyertai Pertandingan Mewarna

Baru-baru ini, saya menyertai pertandingan mewarna di Radix Fried Chicken di Kuala Terengganu.

Kak Yong juga masuk pertandingan itu. Dia kategori 8-9 tahun. Saya kategori 5-7 tahun.

Kak Yong dapat hadiah saguhati. Tahniah Kak Yong.

Saya dapat pengalaman saja.

Lain kali saya akan cuba lebih kuat lagi

Lembutnya warna lukisan Kak Yong. Selembut orangnya. Tahniah Yong.

Wednesday 23 May 2012

Tengok Bola Di Stadium

Saya bersama kawan-kawan abah.

Baru-baru ini, abah telah membawa saya ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, tengok Kelantan lawan T-Team perlawanan Liga Super pusingan kedua. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.

Semasa menunggu perlawanan diteruskan, saya terlena semasa rehat separuh masa pertama.

Tiba-tiba saya tersedar daripada mimpi indah dek bunyi gemuruh sorakan penyokong Kelantan. Pastinya pasukan Kelantan telah menyumbat gol.

Akhir perlawanan, Kelantan 2 - T-Team 1.

Thursday 17 May 2012

Salam Mesra Semua

Talhah dah besar, muat suda...
Salam mesra semua, Selamat datang ke blog Talhah. Semoga semua ceria selalu di samping mama masing-masing.