Thursday 31 May 2012

Jom Ke Sandakan

Dulu saya kecil lagi. Kat belakang tu kakak saya, lawa kan...

Sunday 27 May 2012

Menyertai Pertandingan Mewarna

Baru-baru ini, saya menyertai pertandingan mewarna di Radix Fried Chicken di Kuala Terengganu.

Kak Yong juga masuk pertandingan itu. Dia kategori 8-9 tahun. Saya kategori 5-7 tahun.

Kak Yong dapat hadiah saguhati. Tahniah Kak Yong.

Saya dapat pengalaman saja.

Lain kali saya akan cuba lebih kuat lagi

Lembutnya warna lukisan Kak Yong. Selembut orangnya. Tahniah Yong.

Wednesday 23 May 2012

Tengok Bola Di Stadium

Saya bersama kawan-kawan abah.

Baru-baru ini, abah telah membawa saya ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, tengok Kelantan lawan T-Team perlawanan Liga Super pusingan kedua. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.

Semasa menunggu perlawanan diteruskan, saya terlena semasa rehat separuh masa pertama.

Tiba-tiba saya tersedar daripada mimpi indah dek bunyi gemuruh sorakan penyokong Kelantan. Pastinya pasukan Kelantan telah menyumbat gol.

Akhir perlawanan, Kelantan 2 - T-Team 1.

Thursday 17 May 2012

Salam Mesra Semua

Talhah dah besar, muat suda...
Salam mesra semua, Selamat datang ke blog Talhah. Semoga semua ceria selalu di samping mama masing-masing.