Wednesday 23 May 2012

Tengok Bola Di Stadium

Saya bersama kawan-kawan abah.

Baru-baru ini, abah telah membawa saya ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, tengok Kelantan lawan T-Team perlawanan Liga Super pusingan kedua. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.

Semasa menunggu perlawanan diteruskan, saya terlena semasa rehat separuh masa pertama.

Tiba-tiba saya tersedar daripada mimpi indah dek bunyi gemuruh sorakan penyokong Kelantan. Pastinya pasukan Kelantan telah menyumbat gol.

Akhir perlawanan, Kelantan 2 - T-Team 1.

2 comments:

  1. Kawan abah ke tu, dik? Adik datanglah ke blog akak ye, budak kecil yang nakal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak, jom ajak abah pergi stadium tengok Teganu vs Kelate 26 Jun ni. Pasti hangat kak!

      Delete